salam semua...di sini saya hendak berkongsi sebuah novel islamik yang maybe pernah di baca oleh student-student yang berada di bumi mesir...buku ini di hadiahkan kepada saya and saya tak pasti sama ada kat malaysia ada terjual buku nie ke tak...hope pada sesiapa yang pernah terjumpa novel nie..pastikan anda memilikinya kerana buku nie mmg best bangat..penuh ngan ilmiah yang secara tidak langsung sekurang-kurangnyer kita dapat mempelajari something yang berfaedah from this book...huhuhu....



pergilah kau...
khawinilah dia....
usah kau bimbang tentangku....
duniaku masih belum lagi berakhir walaupun kita 
terpaksa berpisah buat selama-lamanya...
suatu hari nanti..
keperitan ini akan berakhir jua..
sinopsis:
Maria seorang gadis jerman bermazhab Katholik. mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik dengan mazhab tersebut dan ayah yang berfahaman Aties.

namun kehendak ALLAH mengatasi segala-galanya. maria memilih islam sebagai pegangan hidup setelah mengalami episod pergelutan tiga penjuru (Islam,Kristian dan Aties).

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belaja di sana berjaya menariknya ke jalan ALLAH, akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri setelah kematian tunangnya,Salwa. juga setelah Maria kecundang dalam alam percintaannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad. Perkhawinanya dengan Abdul Wahab terhalang oleh khabar kewujudan semula Salwa. sekali lagi Maria terperangkap di antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan yang tidak pernah kenal erti belas kasihan dari ibu dan adiknya.

mampukah Maria terus berdiri di atas niat murni demi kegemilangan Islam tanpa Abdul Wahab di sisi dan mmapukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut kekufuraan.
penulis:
Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Masih menetap di sana (ketika buku ini diterbitkan). Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin (ketika buku ini diterbitkan)
Biodata Penterjermah:

Mohd ROfizi bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar peringkat Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Masih lagi meneruskan pengajian peringkat Sarjana dalam Jabatan Balaghah dan Kritikan di universiti yang sama.